Keputusan tersebut sekurang-kurangnya membantu Sepanyol menebus maruah mereka yang tercalar akibat tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas pada dua perlawanan awal.
Gol pertama Sepanyol telah dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-36 dengan kuisan tumit ke belakang selepas menerima hantaran rendah dari Juanfran.
Pada minit ke-69 pula, penyerang Sepanyol, Fernando Torres menjaringkan gol menjadikan kedudukan 2-0.
Jaringan tersebut merupakan hasil dari gerakan Andres Iniesta. Torres yang memperolehi bola, tanpa melengahkan masa terus menolak masuk ke arah sudut kanan pintu gol.
(AP Photo/Jon Super)
Kemudian pada minit ke-66 menyaksikan Santi Cazorla dikeluarkan dan digantikan dengan Cesc Fabregas.
Kemasukan Fabregas mendatangkan hasil apabila gandingannya dengan Juan Mata berjaya menghasilkan gol ketiga untuk Sepanyol pada minit ke-82.
Fabregas, dari kiri membuat hantaran lambung melepasi pertahahan Australia.
(AP Photo/Michael Sohn)
Mata yang memperolehi bola itu, menolak masuk dengan tenang menewaskan penjaga gol, Mat Ryan.
Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol menang 3-0.
PEMAIN PILIHAN ASTRO AWANI: Cesc Fabregas (Sepanyol)