Sentuhan magis Faiz Subri menang Anugerah FIFA Puskas 2016
Astro Awani
Januari 9, 2017 06:22 MYT
Januari 9, 2017 06:22 MYT
Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi.
Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).
Anugerah Puskas FIFA tersebut disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.
BACA:
Faiz menerusi catatan tweetnya berkata: “Memang di luar jangkaan saya untuk sampai ke tahap ini, bersama-sama dengan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa yang lain. Saya bersyukur dengan Anugerah Puskas FIFA yang diterima ini.”
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, pasukan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga seluruh rakyat Malaysia.