Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000
Astro Arena
September 13, 2024 18:45 MYT
September 13, 2024 18:45 MYT
PEMAIN bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo, telah disabitkan dengan kesalahan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot sebelum perlawanan LaLiga pada 2019.
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung bayan Espanyol semasa pemain berbaris untuk memberi hormat antara satu sama lain sebelum sepak mula.
Mallo didenda 6,000 euro (RM29,000) dan diperintah untuk membayar RM4,800 sebagai ganti rugi kepada mangsa.
Mallo yang berusia 33 tahun itu menegaskan tidak bersalah dan berkata dia merancang untuk merayu hukuman itu. Dia menyiarkan video kejadian itu di Instagram.
"Saya menafikan secara mutlak fakta yang dikaitkan dengan saya dalam keputusan itu.
"Saya mengaku semasa berpaling selepas memberi salam bahawa tangan saya boleh menyentuh pinggang burung bayan itu, tetapi saya menafikan sama sekali ia menyentuh payudara burung bayan itu," katanya.
Kes itu pada mulanya ditolak tetapi keputusan itu telah dibatalkan atas rayuan.
Pada masa itu, Mallo menyiarkan satu kenyataan di Instagram menyeru 'hormat' dan menunjukkan bahawa Celta mahupun Espanyol tidak menemui bukti kesalahan.
Mallo juga perlu membayar kos undang-undang prosiding itu. -- Stadium Astro