Semua pasukan mahu tengok Real Madrid tumbang - Ancelotti

Astro Arena
April 18, 2022 08:11 MYT
Karim Benzema dan rakan-rakan meraikan gol ketiga pasukan mereka dalam perlawanan La Liga Sepanyol antara Sevilla dan Real Madrid di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, Sepanyol, 17 Apr 2022. (Foto AP)
SEVILLA 2 REAL MADRID 3
CARLO Ancelotti mengakui Real Madrid kian menghampiri gelaran LaLiga selepas kebangkitan dramatik untuk kemenangan 3-2 ketika bertandang ke Sevilla, sebentar tadi.
Sevilla hampir menghidupkan semula perebutan sengit takhta liga apabila mendahului 2-0 hasil jaringan Ivan Rakitic dan Erik Lamela.
Bagaimanapun, keputusan pengadil, Guillermo Cuadra Fernandez, untuk tidak mengeluarkan kad kuning kedua kepada Eduardo Camavinga atas terjahan keras pada lewat babak pertama memberi kesan ketara kepada baki permainan.
Camavinga segera digantikan oleh Rodrygo dalam separuh masa kedua dan pemain Brazil itu bingkas mencipta impak untuk mengurangkan defisit gol sebaik perlawanan bersambung.

25 - Karim @Benzema has scored 25 goals in @LaLigaEN this season, his best tally in a single league campaign in his entire @realmadriden career (24 in 2015/16). Galactic. pic.twitter.com/2qHFFUQ9UU

— OptaJose (@OptaJose) April 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nacho Fernandez kemudian menyamakan kedudukan ketika lapan minit menuju waktu kecederaan sebelum Karim Benzema memastikan kemenangan mutlak pada masa kecederaan.
Walaupun Barca mempunyai kelebihan dua perlawanan, Madrid kekal selesa menerajui saingan dengan sembilan mata di depan sambil dijadual berdepan Atletico Madrid dan Real Betis dalam sisa saingan.
Justeru, pengurus berbangsa Itali itu mengiktiraf Madrid sedang menuju ke garisan penamat.
Dia memberitahu LaLiga TV: "Tidak, ia belum berakhir, tetapi ia sangat dekat.
"Semua orang menunggu sahaja kekalahan Real Madrid, tetapi kami di kemuncak prestasi."
#Carlo Ancelotti #Real Madrid #Sevilla #La Liga
;