Seluruh England: Pearly-Thinaah hantar beregu nombor satu dunia pulang
Sinar Harian
Mac 14, 2024 04:45 MYT
Mac 14, 2024 04:45 MYT
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan persembahan bertenaga di Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024 Super 1000.
Beregu nombor 15 dunia tersebut tampil dengan motivasi tinggi selepas menyingkirkan cabaran rakan senegara, Vivian Hoo- Lim Chiew Sien, straight set 21-10, 21-10 dalam aksi 26 minit pada Rabu.
Pada Khamis, giliran beregu nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China dihantar pulang menerusi kemenangan straight set, 22-20, 21-16 dalam aksi 49 minit di Utilita Arena Birmingham, England.
Pearly-Thinaah akan berdepan wakil Jepun nombor 11 dunia, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto di suku akhir yang sebelum itu menyingkirkan cabaran beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 14-21, 21-10, 21-16 dalam masa 60 minit.
Bagaimanapun cabaran beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berakhir selepas tewas kepada gandingan nombor empat kejuaraan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.
Soon Huat-Shevon Lai yang berstatus nombor 14 dunia tewas kepada Qing Chen-Yi Fan, straight set 21-12, 21-5 dalam masa 28 minit.
Soon Huat-Shevon Lai sebelum itu mara setelah menewaskan gandingan dari Taiwan, Chang Ko chi-Lee Chih Chen, 21-17, 26-24 dalam masa 43 minit. - Sinar Harian