Seluruh England: Lee Zii Jia akan kembali dengan magis tersendiri - Bekas pemain nombor satu dunia

Astro Arena
Mac 2, 2025 19:30 MYT
Zii Jia kini memiliki corak permainan baharu hasil acuan jurulatih terkini, Yeoh Kay Bin. - Gambar/ Bernama
BEKAS pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, optimis Lee Zii Jia akan kembali beraksi dengan magis tersendiri dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis minggu depan.
Ini selepas pemain itu kini memiliki corak permainan baharu hasil acuan jurulatih terkini, Yeoh Kay Bin.
Bagaimanapun, Roslin berkata ia bergantung kepada Zii Jia sendiri sama ada sudah memiliki persiapan kukuh daripada segi mental dan fizikal atau tidak, terutama sebagai persiapan menjelang Kejohanan Seluruh England berselang seminggu.
"Sebenarnya, ia terpulang kepada Lee Zii Jia sendiri tentang apa yang mahu dia buktikan kepada dirinya," kata Roslin kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Kerana dia memiliki jurulatih baharu, jadi mungkin ada sentuhan baru daripada segi corak permainannya atau ada penambahbaikan daripada segi senjata kegemarannya," katanya. - Stadium Astro
#Lee Zii Jia #Seluruh England #all england #Roslin Hashim
;