Selepas Messi, giliran Mbappe pula tinggalkan PSG

Agensi
Jun 12, 2023 07:00 MYT
Kylian Mbappe telah memaklumkan hasratnya itu kepada pengurusan dan rakan sepasukan di PSG yang beliau akan meninggalkan kelab itu pada musim panas tahun hadapan.
BERMULA dengan kehilangan Lionel Messi, kini kelab Paris St.-Germain (PSG) berhadapan dengan kemungkinan kehilangan superstar bola sepak, Kylian Mbappe.
Menurut laporan The New York Times, Mbappe telah memaklumkan hasratnya itu kepada pengurusan dan rakan sepasukannya yang beliau akan meninggalkan kelab itu pada musim panas tahun hadapan.
Mbappe, 24, yang merupakan salah seorang pemain utama dalam skuad PSG dan disegani ramai di seluruh dunia telah memberitahu PSG melalui surat bahawa beliau tidak akan memperbaharui kontraknya apabila tamat pada Jun depan.
Khabar ini mengejutkan banyak peminat dan penggemar bola sepak serta mencetuskan spekulasi mengenai tujuan Mbappe seterusnya.
Laporan media antarabangsa menyebut, banyak kelab terkemuka di Eropah didakwa berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berbakat ini.
Mbappe telah mencatat pencapaian gemilang bersama PSG sejak bergabung pada tahun 2017.
Beliau juga menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Perancis yang memenangi Piala Dunia pada tahun 2018.
Berhubung perkembangan terbaharu ini, PSG akan menghadapi cabaran besar untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Mbappe kelak.
Bagaimanapun, kelab tersebut berikrar akan berusaha untuk menjaga prestasi dan keseimbangan pasukan mereka.
Dalam masa sama, dengan keputusan Mbappe ini mungkin memaksa PSG untuk mempertimbangkan langkah yang mereka ingin elakkan iaitu menjual hak bermain Mbappe secepat mungkin pada musim panas ini, daripada risiko kehilangannya tanpa mendapatkan sebarang bayaran apabila kontraknya tamat pada tahun depan.
Jika kelab menerima tawaran untuk Mbappe, PSG mungkin akan mendapatkan harga jauh melebihi AS$200 juta yang mungkin melepasi rekod dunia untuk seorang pemain.
Sementara itu, pegawai tertinggi PSG dilaporkan terkejut dengan surat daripada Mbappe an menurutnya, pengurusan kelab mengetahuinya selepas dihubungi oleh wartawan Perancis yang mendakwa telah menerima salinan surat itu sebelum dihantar kepada kelab.
Jurucakap Mbappe, bagaimanapun, tidak memberikan sebarang reaksi mengenai hal itu.
Bahkank, wakil PSG juga mengunci mulut ketika ditanya media mengenai niat Mbappe, yang pertama kali dilaporkan oleh akhbar sukan Perancis, L'Equipe.
Menurut laporan The New York Times, PSG telah menghadapi krisis serupa mengenai masa depan Mbappe pada musim panas lalu, ketika penyerang tersebut, yang ketika itu tidak mempunyai kontrak, hampir bersedia untuk menyertai Real Madrid sebelum usaha terakhir, dan ganjaran wang tunai, menggerakkan hatinya untuk menandatangani kontrak baharu yang memastikan beliau kekal di Paris.
Memastikan beliau berada di Perancis adalah keutamaan bagi Qatar yang telah membiayai PSG selama lebih satu dekad dan ingin memastikan bintang terbesar pasukan mereka kekal bersama mereka dalam tahun yang mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia.
Kontrak yang akhirnya ditandatangani oleh Mbappe adalah kontrak dua tahun dengan opsyen pemain untuk musim ketiga.
Kontrak yang akhirnya ditandatangani oleh Mbappé adalah kontrak dua tahun, dengan opsyen pemain untuk musim ketiga.
Dalam suratnya, salinan yang dilihat oleh The New York Times, Mbappe memberitahu beliau tidak akan menggunakan opsyen tersebut, yang bermakna kontrak semasa beliau dan kemungkinan besar kaitannya dengan PSG akan berakhir selepas musim yang akan datang - kecuali jika PSG menemui pasukan yang bersedia membayar untuk mendapatkan beliau lebih awal.
Sekali lagi, destinasi yang paling mungkin bagi Mbappe adalah Real Madrid iaitu kelab Sepanyol yang menjadi kelab kegemarannya ketika beliau masih kecil dan yang menawarkan kontrak paling mewah dalam sejarahnya setahun yang lalu. - Agensi
#Kylian Mbappe #Mbappe tinggalkan PSG #kelab Paris St -Germain #Real Madrid
;