SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Astro Arena
Februari 18, 2024 14:10 MYT
Februari 18, 2024 14:10 MYT
BAM telah mengumumkan bahawa Lee Zii Jia sekali lagi dibelenggu masalah pernafasan dan tidak mampu untuk pulih sepenuhnya bagi meneruskan perjuangan dalam perlawanan final pada petang ini.
Zii Jia sebelum ini tidak diturunkan pada perlawanan suku akhir menentang Singapura, selepas dia dipercayai alami masalah pernafasan ketika aksi terakhir saingan kumpulan menentang Chinese Taipei.
Terdahulu, skuad badminton lelaki negara dilapor berdepan tamparan besar menjelang final BATC menentang China di Shah Alam petang ini.
Ini selepas dua perseorangan utama, Zii Jia dan Ng Tze Yong, tidak dapat diturunkan dalam penentuan berkenaan.
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
Tugas perseorangan lelaki pertama negara bakal digalas oleh Leong Jun Hao yang akan berdepan cabaran Weng Hong Yang sebelum beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampil untuk perlawanan kedua.
Manakala 'birthday boy', Eogene Ewe bakal turun selaku perseorangan lelaki kedua negara.
Jika diperlukan, beregu kedua negara akan diwakili oleh Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang berjaya mendapatkan mata kemenangan pasukan negara dalam aksi separuh akhir semalam.
Sementara itu, Muhamamd Haikal bakal jadi penentu kepada kejuaraan SELBATC 2024 jika kedudukan terikat dua sama.
Saksikan perlawanan akhir SELBATC 2024 secara langsung di Astro Supersport 814HD bermula jam 4.00 petang ini.