SELBATC: Tiada sesiapa mahu cedera, kami sentiasa mahu berikan yang terbaik - Tze Yong

Astro Arena
Februari 16, 2024 18:15 MYT
Tze Yong hanya beraksi selama tiga minit sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri ketika berdepan wakil Singapura, Jason Teh. - Gambar fail/Bernama
PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong, menjelaskan dia masih mengalami kecederaan berulang selepas terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia (SELBATC) sebentar tadi.
Turun sebagai perseorangan pertama, Tze Yong hanya beraksi selama tiga minit sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri ketika berdepan wakil Singapura, Jason Teh.
"Saya masih mengalami kecederaan, belum pulih sepenuhnya dan semalam saya ada mengambil suntikan bagi mengurangkan kesakitan.
"Keputusan untuk saya beraksi sebagai perseorangan pertama kerana ia meningkatkan peluang untuk rakan sepasukan, Leong Jun Hao untuk mendapatkan kemenangan.
"Namun ini bukanlah satu alasan, tiada pemain mahukan kecederaan, setiap pemain mahu memberikan yang terbaik," katanya.

Hanya 3 minit di gelanggang, Ng Tze Yong terpaksa melangkah keluar akibat kecederaannya yang masih membelenggu. Semalam dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. LZJ tidak diturunkan kerana turut hadapi masalah kesihatan@ASTROARENA pic.twitter.com/CLNHnAWfmO

— Syifa Nasir (@syfansr) February 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Ng Tze Yong #Kejohanan Berpasukan Asia #badminton #kecederaan berulang
;