SELBATC: Letshaana tewas, Malaysia ketinggalan kepada Indonesia

Astro Arena
Februari 16, 2024 11:40 MYT
Letshaana tewas mudah 12-21 dalam set pertama, berusaha keras untuk bangkit dengan memenangi set kedua 21-18, tetapi terpaksa akur dengan kekalahan 13-21 dalam set penentuan. - Foto FB BAM
SKUAD wanita negara ketinggalan 0-1 kepada Indonesia apabila perseorangan pertama, K. Letshanaa, tewas kepada Putri Kusuma Wardani dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam sebentar tadi.
Tewas dalam dua pertemuan terdahulu, Letshaana kelihatan sukar untuk bersaing dalam set pertama, di mana dia tewas mudah 12-21.
Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun itu berusaha keras untuk bangkit dengan memenangi set kedua 21-18.
Momentum itu tidak dapat diteruskannya untuk pemain di ranking ke-55 dunia itu akur dengan kekalahan 13-21 dalam set penentuan selepas bertarung selama sejam dan enam minit.
#badminton #BATC #k letshanaa #Indonesia
;