Selangor tetap cemerlang tanpa dua import

Astro Arena
Jun 24, 2015 16:00 MYT
Meskipun tanpa dua tonggak ini, Selangor tetap cemerlang menundukkan Felda sekaligus kekal di kedudukan ketiga Liga Super. - Gambar ARENA
Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic tetap memuji persembahan pasukannya meskipun sekadar menang 1-0 ke atas Felda United pada Selasa.
Selangor turun menentang Felda United di Stadium Shah Alam tanpa dua tonggak utama, Leandro Dos Santos dan Guilherme de Paula.
Meskipun tanpa dua tonggak ini, Selangor tetap cemerlang menundukkan Felda sekaligus kekal di kedudukan ketiga Liga Super
Menurut Durakovic, pasukannya layak mencatat kemenangan ke atas Felda berdasarkan kesungguhan pemainnya yang tidak kenal erti putus asa pada bulan Ramadan.
Selangor menundukkan Felda 1-0 hasil jaringan tunggal Robert Cornthwaite pada minit ke 38.
Begitupun, pujian turut wajar diberikan kepada penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad yang cemerlang menafikan percubaan jentera serangan pelawat.
Misi seterusnya, Selangor akan melayan kunjungan Terengganu sementara Felda united berkunjung ke Sarawak pada Sabtu.
#Felda United #Guilherme de Paula #Leandro Dos Santos #mehmet durakovic #stadium shah alam