Selangor akan membuat laporan kepada FAM
Astro Awani
Januari 26, 2013 18:17 MYT
Januari 26, 2013 18:17 MYT
Aksi Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA semalam, mencetuskan insiden kurang senang di luar padang.
Pemain tuan rumah Afiq Azmi dilaporkan diserang beberapa pemain ATM selepas tamat perlawanan.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim pengurusan pasukan akan membuat laporan ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden berkenaan.
Dalam perlawanan itu Afiq muncul penyelamat Selangor selepas meledak dua gol bagi mengikat kedudukan dua-sama.
Selepas gagal memperoleh jaringan pada masa tambahan, Selangor unggul dengan mengatasi ATM dengan penentuan penalti tiga-dua.