'Selamat tinggal bola keranjang' - Kobe Bryant

Madiha Abdullah
November 30, 2015 14:05 MYT
Bryant sudah bersedia 'melepaskan' bola keranjang. Foto/AP
LEGENDA sukan bola keranjang, Kobe Bryant, 37, mengumumkan bakal bersara di penghujung musim 2015.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Bryant menerusi satu sajak yang dimuat naik ke akaun Facebook dan laman web The Players Tribune.
Dalam sajak bertajuk Dear Basketball itu, Bryant menyelusuri kisah perjalanannya bersama sukan yang sangat dicintainya itu; bagaimana dia mula jatuh cinta dengan bola keranjang ketika berusia enam tahun dan bagaimana dia berjuang sehingga menjadi antara pemain bola keranjang terbaik pada zamannya.
Sajak Dear Basketball nukilan Bryant.
Biarpun sedih, Bryant menyatakan dia sudah bersedia 'melepaskan' bola keranjang.
Bryant mula bergelar pemain profesional pada tahun 1996 ketika berusia 20 tahun. Sepanjang kariernya, Bryant hanya pernah bermain untuk kelab Los Angeles (LA) Lakers.
Antara pencapaian menakjubkan Bryant adalah membantu pasukannya menang lima trofi kejuaraan NBA, dua pingat emas olimpik serta empat kali dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).
#bola keranjang #Kobe Bryant #sukan
;