Selamat datang! Hector Hevel, Gabriel Palmero sah pemain warisan baru Harimau Malaya
Astro Arena
Mac 20, 2025 08:00 MYT
Mac 20, 2025 08:00 MYT
Hector Hevel dan Gabriel Palmero. - Foto FA Malaysia
HARI ketiga latihan pusat skuad kebangsaan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru malam tadi diserikan dengan kehadiran dua pemain warisan baru Harimau Malaya, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.
Kedua-dua pemain itu dijangka memperkuatkan skuad kebangsaan menjelang aksi pembukaan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa depan.
Hevel, 28, merupakan perancang kelahiran Belanda yang kini sedang mewakili kelab Portugal, Portimonense.
Palmero, 23, pula merupakan pemain kelahiran La Palma, Sepanyol yang kini mewakili CD Tenerife B dalam Liga Segunda Federacion.