Segak berbaju Melayu, Adli Goldenboy mohon doa rakyat Malaysia

Astro Arena
Jun 26, 2024 18:37 MYT
Adli akan turun di Spaceplus Bangkok RCA, Bangkok, Thailand pada Khamis bagi menentang seterunya iaitu Rattawut Thongaram.- Stadium Astro
HARI ini adalah hari terakhir persiapan sebelum bermulanya perjuangan sebenar Adli Hafidz yang juga dikenali sebagai Goldenboy dalam misi terus memahat nama Malaysia di persada dunia dengan misi mempertahankan kejuaraan tali pinggang WBC Asia Continental kelas light heavyweight yang dimenangi olehnya pada hujung tahun 2023.
Goldenboy tampak tenang dan pamerkan emosi teruja dalam sesi terakhir “weight in” yang berlangsung pada pagi Rabu. Menariknya juara bertahan ini segak memperagakan busana baju Melayu ketika melalui sesi ini.
Adli dalam satu hantaran di media sosialnya memohon doa semua rakyat Malaysia untuk dia cemerlang gapai misinya pada Khamis, “bismillahirahmanirahim.”
“Mohon restu doa & sokongan untuk terus mara kehadapan menggapai misi untuk berjaya.
“Masa tidak menunggu kita, kita harus mengejar masa kerana tiada kejayaan tanpa pengorbanan masa dan tenaga.
“Namun.
“Kepada Allah aku berserah, moga perjalanan dan pengorbanan ini bukan jalan sia-sia. Hanya yang pernah lalui akan faham tentang apa itu perjuangan. Semoga Allah permudah segala urusan.”
“Lawan tetap lawan.
“The retun to GB."
Adli akan turun di Spaceplus Bangkok RCA, Bangkok, Thailand pada Khamis bagi menentang seterunya iaitu Rattawut Thongaram dan perlawanan dijangka akan bermula pada jam 3 petang esok.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Adli Hafidz #Goldenboy #WBC Asia Continental #kelas light heavyweight
;