Sedia dan mantap, Brazil adalah pilihan!

Astro Arena
Mei 28, 2014 13:47 MYT
Penyerang Neymar dan 22 pemain yang lain menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Isnin
Persediaan setakat ini seolah-olah berjalan dengan lancar untuk pasukan kebangsaan itu. Penyerang Neymar dan 22 pemain yang lain menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Isnin dan ramai lagi dijangka minggu ini. Antara lain dijangka menyertai persediaan skuad itu termasuk pertahanan kiri Marcelo yang membantu Real Madrid memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada hari Sabtu.
Pasukan itu membuat persiapan rapi sehingga penolong pengurus Carlos Alberto Parreira mengakui bahawa mereka telah menjalankan kajian ke atas 16 lawan yang mungkin dihadapi dalam usaha mereka meraih kejuaraan Piala Dunia keenam.
Jurulatih dan bekas pemain pertahanan, Luiz Felipe Scolari telah pun memperincikan persediaan latihan.
"10 hari pertama latihan kami perlu bermula perlahan dan kemudian meningkatkan persediaan kami dakam tujuh hari terakhir supaya kami boleh mempunyai pasukan yang bersedia untuk Piala Dunia," kata Scolari.
Dalam senarai utama Scolari turut menyenaraikan pemain bintang termasuk duo Chelsea daripada Ramires dan Oscar, duo Barcelona yang terdiri daripada Dani Alvez dan Neymar, ketua pasukan dan pemain pertahanan PSG, Thiago Silva dan penjaga gol Julio Cesar.
"Saya percaya kepada pemain. Kami mempunyai pertahanan yang paling mahal belakang di dunia. Kami mempunyai pasukan yang cemerlang, "kata penolong pengurus, Carlos Alberto Parreira, yang mempunyai Silva, Luiz, Maxwell (PSG), Maicon (Roma), Marcelo (Real Madrid) dan Henrique di bahagian kubu.
Dibentuk secara teliti, gandingan hadapan yang berbisa, memiliki barisan pertahanan paling mahal di dunia dan bermain di tanah air, Brazil sudah pasti pilihan secara terang-terangan untuk merangkul Piala Dunia 2014.
#Brazil #Luiz Felipe Scolari #Neymar #Piala Dunia
;