Sebuah organisasi bebas perlu ditubuhkan bagi menyelia pengadil - TMJ

Sathesh Raj
Jun 25, 2015 08:05 MYT
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata perkara ini perlu diketengahkan supaya integriti dalam kualiti pengadilan perlawanan bola sepak negara terjamin.
Sebuah badan bebas perlu ditubuhkan untuk pengurusan pengadil bola sepak Malaysia.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia sewajarnya diletakkan di bawah sebuah badan bebas agar tidak berlaku sebarang isu konflik kepentingan peribadi.
“Perkara ini perlu diketengahkan supaya integriti dalam kualiti pengadilan perlawanan bola sepak negara terjamin.
“Ini juga bagi mengelakkan sesetengah pengadil bersikap berat sebelah akibat terhutang budi kepada FAM yang merupakan majikan mereka dan menjadi punca sumber pendapatan,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan di laman media sosial Facebook Johor Southern Tigers.
Ketika ini badan induk bola sepak, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengendalikan semua sistem pengadilan bola sepak.
Beberapa pihak mendakwa keputusan pengadil kebanyakannya sengaja tidak berpihak pasukan bola sepak Johor akhir-akhir ini.
BACA: Saingan Liga Super masih terbuka
#FAM #Liga Malaysia #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim
;