Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio

Astro Arena
Februari 12, 2025 13:04 MYT
Asencio adalah salah seorang daripada empat pemain yang ditahan pada September 2023 selepas aduan difailkan ibu kepada seorang gadis.- Stadium Astro
BINTANG Real Madrid, Raul Asencio, telah menyaksikan rayuan untuk menamatkan siasatan terhadap peranannya dalam skandal video penderaan seks kanak-kanak yang ditolak oleh mahkamah Sepanyol.
Asencio adalah salah seorang daripada empat pemain yang pada mulanya ditahan pada September 2023 selepas aduan difailkan kepada polis oleh ibu kepada seorang gadis berusia 16 tahun berhubung dakwaan rakaman hubungan seksual, menurut ESPN.
Real Madrid kemudiannya mengesahkan kuartet itu telah memberikan keterangan berhubung 'perkongsian video peribadi melalui WhatsApp'.
Peguam Asencio kemudian merayu terhadap keputusan sama ada siasatan terhadap video itu perlu diteruskan tetapi kini telah ditolak oleh mahkamah Sepanyol dan ia akan diteruskan.
Asencio didakwa telah berkongsi video pertemuan seksual dengan seorang wanita dan remaja bawah umur yang dirakam oleh dua bekas pemain pasukan remaja Madrid.
Kanak-kanak bawah umur yang terlibat dalam video itu tidak bersetuju untuk dirakam. Asencio kini akan dibicarakan di Kepulauan Canary dan berdepan kemungkinan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah, menurut The Sun.

| BREAKING: The court upholds the indictment of Real Madrid center-back Raúl Asencio for alleged sharing of child p*rnography. His request for case dismissal was denied, and he remains charged, facing a potential sentence of up to five years in prison. [@elconfidencial] pic.twitter.com/zwgRZPxSyD

— BarçaTimes (@BarcaTimes) February 11, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pemain muda Madrid, Ferran Ruiz, Juan Rodriguez dan Andres Garcia turut disiasat dan ditahan musim panas lalu. Ketiga-tiga mereka meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim lalu tetapi Asencio telah kekal dan membuat 20 penampilan dalam semua pertandingan musim ini untuk pasukan kendalian Carlo Ancelotti.
Dia turut memainkan peranan bersama pasukan dalam melakar kemenangan 3-2 ke atas Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi. -- Stadium Astro
#bintang Real Madrid #pornografi kanak-kanak #rayuan ditolak
;