Scholes label Manchester United tidak bijak berbelanja
Astro Arena
September 30, 2022 13:54 MYT
September 30, 2022 13:54 MYT
PAUL Scholes tidak faham mengapa Manchester United perlu berbelanja besar ke atas pemain seperti Jadon Sancho and Raphael Varane.
Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berbelanja sebanyak £211 juta (RM1 bilion) musim ini bagi membawa masuk enam tonggak baru termasuk Antony, Casemiro dan Lisandro Martinez bagi menampung falsafah pengurus, Erik ten Hag.
Tetapi dalam temu bual bersama The Overlap, bekas pemain tengah itu tetap mempersoalkan pendekatan pembelian The Red Devils sebelum ini yang membabitkan Sancho dan Varane.
"Jadon Sancho merupakan pemain muda yang Manchester United berbelanja besar, padahal kualitinya belum tidak terbukti dalam EPL.
"Dan mengapa pula kelab seperti Real Madrid melepaskan Varane?" katanya.
"Jika anda melihat persembahannya musim lalu, dia kelihatan seperti ada yang tidak kena.
"Saya tidak fikir ia adalah jendela perpindahan yang hebat tetapi tiada sesiapa di kelab yang bertanggungjawab ke atasnya."