Sazali Waras sasar minimum tujuh mata

Bernama
September 11, 2022 05:00 MYT
Skuad Harimau Malaya B-19 kendalian Hassan Sazali Waras di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
SEPANG: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meletakkan sasaran minimum mengutip tujuh mata pada kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, bermula Rabu ini hingga Ahad depan..
Jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras, berkata jumlah sasaran mata tersebut perlu diperolehi bagi mencerahkan peluang skuad Harimau Muda melepasi kempen kelayakan Kumpulan E yang turut dibarisi tuan rumah, Mongolia, Sri Lanka dan gergasi Asia, Korea Selatan.
Menerusi perancangan, skuad Harimau Muda itu disasarkan meraih tiga mata pertama mereka apabila membuka tirai kempen bertemu tuan rumah, Rabu ini.
"Perancangan kita adalah untuk mendapatkan dua kemenangan di peringkat awal apabila menentang tuan rumah diikuti Sri Lanka, Jumaat ini.
"Kita selepas itu akan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata berdepan Korea Selatan pada Ahad untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir kelak," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.
Terdahulu Hassan Sazali turut mengumumkan senarai akhir 23 pemain akan menghadapi saingan tersebut yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar.
Berdasarkan senarai itu, jurulatih tersebut mengekalkan 16 daripada 25 pemain skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 Indonesia pada 15 Julai lalu dan 10 daripada 20 pemain daripada skuad yang muncul naib juara Kejohanan Bola Sepak B-19 Thanh Nien 2022 Vietnam pada 11 Ogos lalu.
Berikut senarai nama pemain skuad B-19 yang dipilih:
BIL
NAMA
PASUKAN
1.
SYAHMI ADIB HAIKAL MOHD SHUKRI
SELANGOR FC 2
2.
DANISH IRFAN EZAL
SELANGOR FC 2
3.
AZANNIS ADZRI ABDUL HALIM
SELANGOR FC 2
4.
MUHAMMAD ALIF FARHAN FAUZI
SELANGOR FC 2
5.
MUHAMMAD IZRIN IBRAHIM
SELANGOR FC 2
6.
MUHAMMAD HAIQAL HAQEEMI HAIRI
SELANGOR FC 2
7.
MUHAMMAD ALIFF IZWAN YUSLAN
SELANGOR FC 2
8.
MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR
SELANGOR FC 2
9.
MUHAMMAD DANIEL EDZUAN MOHD ANUAR
SELANGOR FC 2
10.
NAZRIN MOHAMAD NASIR
SELANGOR FC 2
11.
AHMAD AYSAR HADI MOHD SHAPRI
JDT II
12.
MOHAMAD MARWAN ABDUL RAHMAN
JDT II
13.
ZULHILMI SHARANI
JDT III
14.
ADAM FARHAN MOHD FAIZAL
JDT III
15.
ZIAD EL BASHEER NORHISHAM
JDT III
16.
MUHAMMAD NAJMUDIN AKMAL KAMAL AKMAL
JDT III
17.
MUHAMMAD ABU KHALIL
AMD B-17
18.
ROHISHAM HAIQAL HASHIM
AMD B-17
19.
MUHAMMAD HAYKAL DANISH MOHD HAIZON
AMD B-17
20.
AIZAT AIMAN MAZLAN
SKUAD PROJEK FAM-MSN
21.
MUHAMMAD UBAIDULLAH SHAMSUL FAZILI
SKUAD PROJEK FAM-MSN
22.
AHMAD ROZAINI ABU BAKAR
TERENGGANU FC
23.
OSWYN LIM DING ZHI
PJ CITY FC
-- BERNAMA
#bola sepak #Piala Asia Bawah 20 Tahun #harimau muda #hassan sazali mohd waras
;