Sazali Samad terbuka dengan keputusan Mike Mahen

Astro Arena
November 15, 2023 07:15 MYT
Sazali yang kembali aktif selepas penggantungan lapan tahunnya tamat, kembali mewarnai senario sukan bina badan negara pada usia 56 tahun. - Foto Twitter @_karlnunis
LEGENDA bina badan negara, Sazali Samad ambil pendekatan 'terbuka' apabila mendapat perkhabaran bahawa rakan seperjuangan, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah merancang untuk bersara.
Ia susulan kejayaan merangkul kejuaraan dunia keenam peribadi di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik di Korea Selatan.
Sazali yang juga merupakan Mr Universe sebanyak 10 kali merasakan Syarul Azman atau mesra disapa Mike Mahen itu memiliki potensi cerah untuk mengekalkan dominasinya dalam tempoh masa yang panjang selepas ini.
Namun, Sazali menegaskan, faktor umur bukanlah penghalang buat Mike yang sudah menjangkau usia 50 tahun untuk bersara sebaliknya, Sazali merasakan, atlet berprestasi tinggi seperti Mike mampu kekal relevan sehingga usia 55 tahun setidak-tidaknya.
Untuk rekod, Sazali yang kembali aktif selepas penggantungan lapan tahunnya tamat, kembali mewarnai senario sukan bina badan negara pada usia 56 tahun!
"So far, bina badan boleh pergi jauh lagi kalau betul-betul. Tiada yang mustahil atas izin Allah. Kita kena kuat semangat dalam nak menaikkan nama negara.
"Untuk mencapai kejayaan itu, diri kita sendiri. Jika dia nak bersara, itu tidak mengapa, mungkin dia pun dah capai dia punya kejuaraan.
"Masing-masing punya caralah, bagi saya. Sebab, paling tidak pun dia dah naikkan nama Malaysia dengan kejuaraan di pentas dunia enam kali," kata Sazali, 10 kali Mr Universe, kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.

Mike Mahen ingin bersara ? Apa kata otai Bina Badan Negara, Sazali Samad ? Nantikan Nadi Arena 7 malam ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/ngFjJx8vsZ

— karlnunis (@_karlnunis) November 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sazali Samad #bina badan #Mike Mahen #mr universe
;