"Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026" - Alex Ferguson

Astro Arena
Julai 13, 2024 09:30 MYT
Alex Ferguson (kiri) tidak boleh membayangkan sekiranya bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, akan beraksi dalam saingan peringkat tertinggi di Piala Dunia 2026 nanti.
BEKAS pengurus di Old Trafford, Sir Alex Ferguson, berasakan dia tidak boleh membayangkan sekiranya bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, akan beraksi dalam saingan peringkat tertinggi di Piala Dunia 2026 nanti.
Dia percaya Ronaldo sudah memiliki segalanya sepanjang karier bola sepaknya dan corak perlawanan bola sepak yang pantas akan menyukarkan pemain yang semakin melonjak usia itu..
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu terpaksa akur apabila tidak berjaya menjaringkan sebarang jaringan dan membawa cabaran Portugal menjuarai saingan EURO 2024 selepas disingkirkan oleh Perancis di pusingan suku akhir sebelum ini.

Reunited in Manchester

Flashback to Cristiano Ronaldo and Sir Alex Ferguson after the EURO 2016 final pic.twitter.com/OEfPEUL3Qp

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak boleh membayangkan Cristiano Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026.
"Saya tidak boleh bayangkan. Bola sepak akan menjadi semakin pantas dalam tahun akan datang. Ia akan menyukarkan pemain penyerang untuk beraksi di peringkat tertinggi apabila semakin berusia.
"Cristiano Ronaldo merupakan pemain terbaik sepanjang zaman dan saya tidak rasa dia mempunyai sesuatu untuk dibuktikan lagi. Satu atau dua lagi kejuaraan tidak terlalu bermakna buat dia kerana dia sudah mempunyai karier yang unik." katanya. - Stadium Astro
#Alex Ferguson #Cristiano Ronaldo #Piala Dunia 2026 #Euro 2024
;