Saya tidak akan ubah cara permainan, kata Suarez
Astro Arena
Mac 23, 2016 15:47 MYT
Mac 23, 2016 15:47 MYT
PEMEGANG rekod penjaring terbanyak Uruguay, Luis Suarez dilihat tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan pertama bersama skuad kebangsaannya selepas menjalani penggantungan 2 tahun oleh FIFA.
Digantung akibat menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini di Piala Dunia 2014 lalu, Suarez berkata dia tidak akan menukar cara permainannya tetapi mengakui perlu lebih bijak menjelang kepulangannya ke pentas antarabangsa.
"Saya akan teruskan sikap yang sama, mempersoal, kerana itu adalah cara saya bermain. Tetapi dengan 'penyederhanaan' yang anda lihat sekarang (di Barcelona). Saya perlu lebih lagi bijak dalam pelbagai perkara.
"Saya mahu gunakan sepenuhnya peluang diberikan kepada saya degan melakukan yang terbaik, sebaik yang saya mampu. Saya juga akan menikmati kepulangan bersama pasukan kebangsaan," kata penyerang Barca itu.
Menjelang perlawanan menentang Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 Khamis ini, Uruguay akan turun tanpa Diego Godin dam Maxi Pereira, sekaligus membuka peluang kepada Suarez untuk memikul tugas sebagai kapten.
"Lilitan kapten adalah penting, tetapi bagaimana dengan Luis baharu sekarang, jika saya dialu-alukan untuk menjadi kapten saya bangga, tetapi jika tidak ia akan sama," katanya.
Pemain berusia 29 tahun ini digantung daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di pentas antarabangsa selama 2 tahun, termasuk 4 bulan penggantungan beraksi dengan kelab.
Dalam tempoh itu, Suarez terlepas kempen Copa America 2015 dan juga 4 perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia CONMEBOL.
#Luis Suarez tidak sabar beraksi dalam perlawanan pertama selepas digantung 2 tahun oleh FIFA
#Piala Dunia 2014