Saya tidak akan tunduk kepada tekanan - Azzuddin
Syamil Izwan Azizan
Jun 13, 2013 21:00 MYT
Jun 13, 2013 21:00 MYT
"Tidak ada mana-mana pihak dapat memberikan tekanan kepada saya untuk berundur atau meletakkan jawatan.
"Apa sebab mereka? Perkara ini tidak punyai asas.", jelas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagi menjawab spekulasi pihak tertentu yang mendesaknya untuk meletak jawatan daripada Sekretariat badan induk itu.
Beliau sepatutnya sudah melepaskan jawatan berkenaan berkuatkuasa 31 Mei lalu.
Ia bagi memberi ruang kepadanya menjawat tugasan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean, AFF.
Namun masih belum ada pengesahan rasmi diberikan AFF kepadanya, memaksa Azzuddin kekal di FAM untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan.
Beberapa keputusan yang diambil FAM berkaitan skuad kebangsaan dan individu tertentu mengakibatkan ramai mengkritik sekretariatnya diterajui Azzuddin.
Azzuddin menerajui Sekretariat FAM sejak september 2007.