'Saya terima berita tidak baik mengenai Schumacher' - bekas ketua Ferrari

Astro Arena
Februari 5, 2016 18:22 MYT
Montezemolo (kanan) akui menerima berita hari demi hari mengenai perkembangan bekas pelumba itu, namun malangnya tiada berita positif yang tiba.
"SAYA terima berita tidak baik mengenai Schumacher."
Itu pengakuan bekas ketua Ferrari, Luca de Montezemolo tentang keadaan juara dunia Formula 1 tujuh kali itu.
Montezemolo akui menerima berita hari demi hari mengenai perkembangan bekas pelumba itu, namun malangnya tiada berita positif yang tiba.
Schumacher koma lebih dua tahun ekoran insiden kemalangan ketika meluncur ski di Pergunungan Alps pada Disember 2013.
Beliau sebelum itu terlantar koma selama enam bulan di hospital sebelum dihantar pulang.
Walau bagaimanapun, Montezemolo enggan mendedahkan secara terperinci keadaan yang menimpa Schumacher ketika ini.
Sebelum ini, wujud spekulasi bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada kesilapan Schumacher sendiri, namun Montezemolo menafikan sekeras-kerasnya.
"Ia tidak benar kerana dia selalu berhati-hati ketika meluncur," katanya.
#Ferrari #koma #Luca de Montezemolo #meluncur ski di Pergunungan Alps #Schumacher