Saya sedia bantu Selangor - Nazmi Faiz

Astro Arena
September 22, 2015 08:41 MYT
NAZMI FAIZ: Saya bersedia untuk menentang Felda. Ini kali ketiga kita bertemu Felda pada tahun ini.
PEMAIN kreatif Selangor, Nazmi Faiz Mansor bertekad memberikan persembahan terbaiknya untuk membantu pasukan itu apabila bersedia untuk diturunkan buat pertama kali dalam saingan Piala Malaysia 2015.
Nazmi kini sudah bebas daripada pergantungan tiga perlawanan dan bersedia untuk diturunkan bagi perlawanan dengan Felda United pada Sabtu.
"Ia menarik untuk melihat skuad penuh boleh turun berlatih minggu ini dan tengok la macam mana. Harap kita bersiap sedia untuk menentang Felda," katanya.
Nazmi mahu membantu juara Piala Malaysia 32 kali itu meneruskan momentum kemenangan susulan kejayaan menundukkan T-Team dalam aksi Kumpulan C minggu lalu.
"Saya bersedia untuk menentang Felda. Ini kali ketiga kita bertemu Felda pada tahun ini. Saya rasa ini perlawanan yang sengit kerana masing-masing mahukan kemenangan.
"Insyallah, saya akan membantu Selangor."
#bola sepak #Felda United #Nazmi Faiz Mansor #Piala Malaysia #Selangor #T-Team