'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'

Astro Arena
Mac 6, 2025 11:00 MYT
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas. - Stadium Astro
BEKAS penjaga gol berprolifik Juventus, Gianluigi Buffon, berkongsikan pengalamannya ketika tewas kepada Barcelona 1-3 dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UCL), di Berlin, pada 2015.
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas dalam kejohanan yang berprestij itu di Eropah itu.
Dalam perlawanan final itu menyaksikan Ivan Rakitic terlebih dahulu membuka jaringan terlebih dahulu pada minit keempat sebelum Alvaro Morata menjaringkan gol penyamaan.

Buffon reaches a third #UCLfinal... Mbappé's time will surely come...#UCL pic.twitter.com/ID0I8P1qpb

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, dua jaringan lagi hadir menerusi Luis Suarez dan Neymar dalam separuh masa kedua untuk menoktahkan kemenangan 3-1 Barca.
"Apabila saya tewas dalam pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) kepada Barcelona pada 2015, saya pulang ke rumah dan pada pukul 5.30 pagi.
"Saya berada dalam bilik bersama isteri, kami tidak bercakap sepatah pun. Kami saling berpelukan dan menangis untuk lima minit sebelum tidur." katanya.

Buffon: Everyone though the last time was my last final, I admit I did too. It goes to show if you work hard your dreams can come true. #UCL pic.twitter.com/K342cxuMnV

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Buffon tewas dalam tiga pentas akhir UCL iaitu pada 2003 ketika berdepan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti, pada 2015 berdepan Barcelona dan tewas 4-1 kepada Real Madrid dua tahun selepas itu. - Stadium Astro
#Gianluigi Buffon #Juventus #UCL #kecewa
;