"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei

Astro Arena
September 16, 2024 19:08 MYT
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia. - Foto akaun X Lee Chong Wei
SEMPENA Hari Malaysia yang disambut seluruh negara hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia agar dapat meraikan dengan semangat perpaduan dan patriotik yang tinggi.
Dia turut berkongsikan momen perbualan lucu yang mencuri perhatian antara dia dan anaknya, Kingston hari ini.

Saya pernah bertanding di setiap 13 negeri di Malaysia. Semua saya sayang. Semua pon sayang saya. Semoga hari yang bersejarah diraikan ini penuh dengan semangat perpaduan dan kejayaan. Marilah kita terus bekerjasama untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini dengan penuh pic.twitter.com/paShwQh5UU

— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) September 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya pernah bertanding di setiap 13 negeri di Malaysia. Semua saya sayang. Semua pun sayang saya. Semoga hari yang bersejarah ini diraikan penuh dengan semangat perpaduan dan kejayaan.
"Marilah kita terus bekerjasama untuk mempertahankan negara kita yang tercinta ini dengan penuh rasa bangga dan patriotik.
"Ingat kawan-kawan! Bersatu teguh bercerai roboh! 13 negeri bersama, tidak satu pun kita patut bagikan lebih, tidak satu pun patut kita pinggirkankan! Selamat Hari Malaysia!
"Side note: Sarapan pagi tadi. Sambil menghirup kopi bersama Kingston. Yang lain belum sampai lagi di meja makan.
"Kingston: “Papa, saya pun sudah 11 tahun. Sudah remaja. Saya rasa sudah boleh mula cari girlfriend.
"Terkejut sampai tersembur air kopi. Tetapi sebagai bapa yang mithali (haha… syok sendiri), saya menyusun semula emosi dan fikiran. Dunia sekarang ini kan bapa-anak kena "fren-fren" (jadikan kawan).
"Saya: “Kingston, bukan kata tak boleh tetapi kamu tidak rasa terlalu muda ke? Pentingkanlah pelajaran dulu.
"Kingston: “Papa, individu yang saya inginkan itu lembut dan jenis tak marah-marah. Suara pun lembut. Kalau saya tunggu seperti jejak Papa, besar kemungkinan dia sudah disambar kawan-kawan saya. Yang tertinggal untuk saya hanya jenis marah-marah, macam emak, isteri Papa.
"Saya terus ketawa tanpa memikirkan consequences.
"Suay tak suay. 2007 China Open Woman Singles Champion (isteri) ngam-ngam masuk ke dapur. Terus, terkeluar double smash yang lama tak keluar…. Lunch pun kurang masak untuk dua orang.
"Selamat Hari Malaysia semua dan tahniah Pearly-Thinaah!" kata Chong Wei menerusi catatan di laman X hari ini. -- Stadium Astro
#Lee Chong Wei #Hari Malaysia #jaguh badminton Malaysia #perpaduan #rakyat Malaysia
;