'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai

Agensi
Ogos 2, 2024 22:39 MYT
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi. - X @Olympics
ATLET menembak Turkiye yang mencipta sensasi kerana berjaya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Paris walaupun dengan gaya yang santai, membuka 'rahsia' di sebalik kemenangannya.
Dengan hanya kemeja-T dengan tangan kiri diseluk ke dalam poket serta tiada pelindung mata ketika beraksi dalam acara itu, Yusuf Dikec dengan cepat tular di media sosial.
Dikec bersama pasangannya, Sevval Ilayda Tarhan, meraih tempat kedua acara air pistol 10 meter (m) berpasukan campuran.
Ada yang mengusik mengatakan dia kelihatan seperti lelaki biasa yang sedang bersiar-siar, malah ramai juga yang melihat persamaan Dikec dengan watak pembunuh upahan dalam filem.
Peserta dalam acara itu biasanya memakai alat perlindungan seperti pelindung telinga dan pelindung mata atau visor.
Tidak seperti sangkaan ramai, Dikec bukanlah atlet amatur, sebaliknya ini merupakan penampilan Olimpik kelimanya.

The 51-year-old Turkish athlete Yusuf Dikeç makes a statement about going viral for competing at the Olympics without specialized equipment and winning a silver medal. I did not need special equipment. I'm a natural, a natural shooter pic.twitter.com/cTF6dJ2yD5

— kira (@kirawontmiss) August 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak memerlukan kesemua peralatan perlindungan itu. Saya seorang penembak semula jadi," katanya kepada akhbar Haber Turk.
Portal berita dan media sosial di seluruh dunia hangat memperkatakan tentang Dikec, dengan menganggap imej dan kelibatnya sewaktu bertanding itu sebagai antara momen istimewa dalam edisi Olimpik 2024. Gambarnya yang tular itu juga kini menjadi meme yang popular, hinggakan ada yang berseloroh tumpuan yang diterima Dikec melebihi pemenang pingat emas dalam acara itu.
Pesara angkatan tentera Turkiye itu juga menghuraikan tekniknya yang kasual dan menjelaskan walaupun dia kelihatan santai, pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.
"Teknik menembak saya adalah salah satu teknik yang jarang dilakukan orang lain.
"Saya menembak dengan kedua-dua mata terbuka. Pengadil pun terkejut.
"Kami bekerja keras dan membuat persediaan rapi. Kejayaan ini adalah milik seluruh rakyat Turkiye," katanya.
#olimpik paris #atlet menembak #yusuf dikec #Turkiye
;