'Saya mahu bersaing di Terbuka Australia 2022' - Djokovic

Astro Awani
Januari 10, 2022 23:25 MYT
Susulan pembatalan visa ditarik semula, bintang tenis Novak Djokovic memaklumkan akan kembali berlatih untuk bersaing di kejohanan tenis Terbuka Australia 2022. - Gambar fail/REUTERS
SUSULAN pembatalan visa ditarik semula, bintang tenis Novak Djokovic memaklumkan akan kembali berlatih untuk bersaing di kejohanan tenis Terbuka Australia 2022.
Menerusi ciapan di laman Twitternya sebentar tadi, pemain nombor satu dunia itu berkata dia bersyukur dengan keputusan hakim menarik semula pembatalan visa kemasukannya ke Australia.
“Saya gembira dan bersyukur kerana hakim menarik semula pembatalan visa saya. Selepas apa yang berlaku, saya mahu kekal dan cuba untuk bersaing di Terbuka Australia.
“Saya tetap fokus pada itu. Saya terbang ke sini untuk bermain di salah satu acara terpenting yang di hadapan peminat yang hebat,” tulisnya.
Bagaimanapun, Djokovic berkata buat masa ini dia tidak dapat memberikan komen lebih lanjut, namun mengucapkan terima kepada semua yang menyokongnya.

Im pleased and grateful that the Judge overturned my visa cancellation. Despite all that has happened,I want to stay and try to compete @AustralianOpen I remain focused on that. I flew here to play at one of the most important events we have in front of the amazing fans. pic.twitter.com/iJVbMfQ037

— Novak Djokovic (@DjokerNole) January 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Djokovic dibebaskan dari tahanan imigresen Australia serta merta selepas hakim Anthony Kelly mendapati pembatalan visa bintang kelahiran Serbia itu sebagai tidak berasas.
Kelly juga mengarahkan agar pasport dan semua dokumen peribadi dipulangkan sekali gus memungkinkan penyertaan Djokovic dalam Terbuka Australia 2022.
Selain itu, Kelly yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan kerajaan Australia membayar kos perundangan Djokovic yang sebelum ini sudah menghabiskan masa beberapa hari di sebuah hotel yang menempatkan tahanan imigresen di Melbourne.
Menerusi perbicaraan sama, peguam yang mewakili Kerajaan Persekutuan Australia menyatakan laluan buat Djokovic mungkin lebih sukar kerana Menteri Imigresen, Alex Hawke masih memiliki kuasa untuk sekali lagi membatalkan visa Djokovic.
Tambahnya sekiranya Hawke berbuat demikian, Djokovic yang kini memiliki 20 trofi Grand Slam itu, mungkin tidak dibenarkan memasuki Australia untuk tempoh tiga tahun.
Bagaimanapun, Kelly memberi amaran agar tiada sebarang keputusan lain dikeluarkan yang boleh memanjangkan isu berkenaan.
Djokovic yang sebelum ini mengatakan dia menentang vaksinasi dan telah diberi pengecualian untuk bersaing dalam Terbuka Australia 2022.
Bagaimanapun, juara sembilan kali itu secara tiba-tiba dilarang memasuki Australia sebaik mendarat pada Khamis lalu.
Pada hari sama, Pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) berkata pemain itu "gagal memberikan bukti kukuh dan sesuai" di Lapangan Terbang Melbourne kerana walaupun sudah disahkan positif COVID-19 sebelum ini bukanlah alasan kukuh untuk masuk ke negara itu tanpa vaksinasi.
Peguam djokovic berkata pemain itu diberikan visa sementara untuk memasuki negara itu dan diberikan "pengecualian perubatan daripada vaksinasi COVID-19" oleh Australia Tennis kerana pernah disdahkan positif pada Disember lalu.
Namun, tiada pengumuman sebelum ini mengenai pemain itu disahkan positif.
Pengecualian Djokovic diberikan oleh dua panel perubatan bebas termasuk Australia Tennis, badan yang mengendalikan acara itu serta bandar Victoria.
#Novak Djokovic #Terbuka Australia #Australia #pembatalan visa #Anthony Kelly
;