Saya datang sebagai budak, pergi sebagai lelaki - Iniesta
Astro Arena
Mei 21, 2018 09:58 MYT
Mei 21, 2018 09:58 MYT
ANDRES Iniesta tidak dapat mengawal perasaannya ketika dia menyampaikan ucapan perpisahan di Camp Nou selepas bermain buat kali terakhir bersama Barcelona.
Juara LaLiga, Barca, menamatkan musim mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad tetapi semuanya tertumpu kepada Iniesta, awal pagi tadi.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu, yang dilaporkan akan berhijrah ke Jepun, menutup tirai kariernya di Barcelona pada minit ke-81 ketika dia meninggalkan padang untuk menerima tepukan hormat dan menyerahkan lilitan kapten kepada Lionel Messi.
Selepas perlawanan itu, juara LaLiga sembilan kali dan pemenang empat kali Liga Juara-Juara Eropah, Iniesta, menyuarakan tentang peminat.
"Hari ini adalah hari yang sukar tetapi ia menjadi 22 tahun yang luar biasa. Ia satu kebanggaan dan kegembiraan dapat mempertahankan dan mewakili lencana ini.
"Bagi saya, ia adalah pasukan terbaik di dunia," kata Iniesta yang membuat kemunculan sulungnya pada 2002.
"Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya. Saya akan merindui kamu semua. Terima kasih kepada peminat kerana kecintaan kamu dan segala yang kamu lakukan.
"Kamu membuatkan saya rasa sejak tiba di sini sebagai seorang budak, saya keluar sebagai seorang lelaki. Saya akan simpan kamu di hati saya selama-lamanya."
#Andres Iniesta
#barcelona
#bola sepak
#Jepun
#LaLiga
#Liga Juara-Juara Eropah
#Lionel Messi
#Real Sociedad
#ucapan perpisahan