Saya bukan 'Iron Man' - Reezal Merican
Astro Arena
Mac 11, 2020 05:49 MYT
Mac 11, 2020 05:49 MYT
ITU tanggapan pertama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Belia dan Sukan baru sebaik melapor diri pada hari pertama di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya tidak boleh menjadi 'Iron Man', tetapi saya akan menjadi seorang yang memberikan keseimbangan kepada Sukan dan Belia," kata Reezal.
Reezal bakal memangku cabaran yang berat dalam usaha memastikan beberapa permasalahan dalam arena sukan tempatan dapat diselesaikan.
Antara tumpuannya dalam tempoh yang singkat tersebut adalah menjayakan Program Road To Tokyo (RTT) yang menjadi tumpuan seluruh peminat sukan tanah air dalam perburuan emas pertama di peringkat Sukan Olimpik.
"Ini merupakan hari pertama, saya tidak boleh merencanakan lagi apa yang bakal berlaku dalam tempoh tiga tahun akan datang, saya akan melihat kepada perancangan yang telah diusahakan oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan menjadikan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai langkah pertama," katanya lagi.
#cabaran
#emas pertama
#Iron Man
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#Majlis Sukan Negara
#Reezal Merican Naina Merican
#Road to Tokyo
#sukan
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#Tokyo