Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra

Astro Arena
Julai 14, 2024 14:30 MYT
Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu dengan menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.
PATRICE Evra membalas laporan sensasi mendakwa dia dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan kerana meninggalkan keluarganya dengan memuat naik video di media sosial yang menunjukkan dia memakai gari dan mengenakan pakaian penjara.
Hakim di Paris memutuskan bahawa bekas pemain pertahanan Manchester United itu gagal membayar hampir GBP1 juta (RM5.9 juta) sebagai nafkah kepada isterinya, Sandra Evra, dan secara efektif meninggalkannya dan dua anak kecil mereka antara 1 Mei 2021 dan 28 September 2023.
Peguam Evra, yang bersara daripada bola sepak pada 2019, mengesahkan bahawa rayuan telah segera dilancarkan selepas keputusan itu dijatuhkan.
Evra, 43, dijatuhi hukuman 12 bulan, digantung selama dua tahun, dan diperintahkan membayar isterinya EURO4,000 untuk ganti rugi moral dan EURO2,000 untuk kos guaman.
Menerusi media sosial selepas berita itu tersiar, Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu dengan menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.
Dalam video itu, yang diberi kapsyen 'Biar saya tutup berita sampah ini. Lihatlah betapa saya sangat menikmati diri saya di penjara', bekas kapten Perancis itu juga memakai rambut palsu afro, pakaian penjara berwarna oren, kalung besar dengan tanda dolar dan gril gigi emas. - Stadium Astro
#Patrice Evra #hukumen penjara #Manchester United #tinggal keluarga