‘Satu penghormatan dapat wakili kelab hebat JDT’ - Morales

Sinar Harian
Februari 23, 2024 08:30 MYT
Romel Morales menyifatkan satu penghormatan apabila dipilih menyarung jersi JDT. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
BINTANG baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales menyifatkan satu penghormatan apabila dipilih menyarung jersi juara Liga Super kali ke-10 berturut-turut tersebut.
Malah, pemain dari Villavicencio, Colombia itu yang menjadi antara muka baharu Harimau Malaya, berterima kasih atas keyakinan Harimau Selatan merekrut khidmatnya.
“Sangat teruja dengan cabaran baru dalam kerjaya saya. Ia satu penghormatan untuk berada di sini mewakili kelab hebat @officialjohor (JDT).
“Saya sentiasa mempunyai keinginan yang sama untuk menyumbang dan memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Terima kasih kepada semua orang yang menjadikannya kenyataan terutama terima kasih kepada @hrhcrownprinceofjohor (Tunku Mahkota Ismail) untuk peluang ini!,” kata pemain naturalisasi Harimau Malaya tersebut.
INFO: ROMEL MORALES
REMAJA
2011–2014 River Plate
2014–2016 Banfield
SENIOR
2016–2017 Banfield
2018–2019 PKNS
2020 Melaka United
2021–2023 Kuala Lumpur City
2024– Johor Darul Ta'zim
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
#JDT #Romel Morales #harimau Malaya #pemain naturalisasi
;