Sarri ganti Inzaghi di Lazio

Astro Arena
Jun 10, 2021 09:19 MYT
Maurizio Sarri bersama trofi dimenangi selepas perlawanan Serie A antara Juventus dan Roma di Stadium Allianz, Torino, Itali, 1 Ogos, 2020. REUTERS
LAZIO melantik Maurizio Sarri sebagai ketua jurulatih baru selepas pemergian Simone Inzaghi.
Bekas pemain kebangsaan Itali, Inzaghi, memilih untuk meninggalkan Lazio dan menamatkan era lima tahun penuh gemilang di Stadio Olimpico bulan lalu untuk menggantikan Atonio Conte di Inter Milan.
Sarri segera dilihat sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan itu dan dia kini sah mengikat kesepakatan selama dua tahun.
Pengendali berusia 62 tahun itu tidak pernah menguruskan sebarang pasukan sejak dipecat Juventus pada Ogos tahun lalu -- menerima padah itu sesudah The Old Lady tersingkir di tangan Lyon dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Namun, Sarri tetap menamatkan musim itu dengan memberikan kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut buat Juve, yang mana penggantinya, Andrea Pirlo, gagal meneruskannya apabila menamatkan musim 2020-21 di tempat keempat.
Pirlo juga kemudian dipecat Juve bagi memberikan laluan kepada Massimiliano Allegri.

pic.twitter.com/XrJzCfa0SF

— S.S.Lazio (@OfficialSSLazio) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ketua jurulatih #Maurizio Sarri #Simone Inzaghi #Itali #Lazio #Serie A #Liga Juara-Juara Eropah #UCL
;