Sarawak yakin muncul kuasa baru Muay Thai

Astro Arena
Jun 29, 2017 07:42 MYT
Jumaat berkata 14 atlet Muay Thai negeri itu akan menyertai Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan di Starling Mall, Damansara Utama, dari 6 hingga 9 Julai ini.
Sarawak yakin akan muncul sebagai kuasa baru dalam sukan Muay Thai, kata Presiden Muay Thai Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim.
Katanya, dalam perkembangan terkini, sukan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat negeri itu.
"Semakin banyak pusat Muay Thai telah dibuka di seluruh Sarawak dan semakin ramai bakat baharu yang telah dicungkil.
"Kerana itu, kami yakin sukan ini akan menjadi kegilaan generasi baru dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya ketika ditemui di Kuching, pada Khamis.
Jumaat berkata 14 atlet Muay Thai negeri itu akan menyertai Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan di Starling Mall, Damansara Utama, dari 6 hingga 9 Julai ini.
Mereka akan beraksi dalam empat kategori umur yang dipertandingkan.
"Jika atlet-atlet kami berjaya mengharungi saingan ini, mereka berpeluang untuk mewakili negara dalam Kejohanan Muaythai Remaja Dunia pada Ogos depan," ujarnya.
Atlet yang terpilih mengibarkan bendera Sarawak ialah Johan Ghazali, Mikail Ghazali, Syarif Nukman Norman, Mohd Rifdean Masdo, Ayu Addyqa Azmi, Maureen Hii Sie Lin, Ayu Arynafaiza Azmi, Muhammad Haikal Zaidi, Abdul Hadi Jamil, Pratasaratee Punniyamoorthy, Awangku Abdul Rahman Awang Mara, Nur Syafiqdin Osman, Morris Hii Zhen Wei dan Mohd Eswandy Hassan.
#Jumaat Ibrahim #Kejohanan Muaythai Remaja #Muay Thai #Muaythai Sarawak #Sarawak
;