Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan Norshafikah selepas kehilangan insan paling disayangi iaitu ibunya sendiri.
Bagi Norshafikah, apa yang berlaku ialah satu kejutan buat keluarganya kerana ibunya sebelum ini tidak ada menunjukkan sebarang petanda akan pergi buat selamanya.
"Dia menyuruh saya menyambung pelajaran dan sentiasa menyokong karier hoki saya. Apabila dia sudah tiada, tentunya saya kehilangan semangat."
Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Shapawi Ismail pemergian Noraidah adalah satu kehilangan terutama buat Norshafikah yang mengganggap ibunya sebagai pendorong utama untuk berjaya.
"Saya merasa sememangnya arwah ibunya merupakan dorongan yang besar buat Norshafikah," katanya.
Noraidah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kapar, Klang di Selangor.