Pilihan tayar tidak bersesuaian dengan trek basah menjadi punca prestasi hambar dua pelumba Moto3 negara, Adam Noroddin dan Khairul Idham Pawi pada sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia, di sini hari ini.
Adam yang mewakili pasukan Drive M7 SIC Racing mencatat masa dua minit 28.965 saat di Litar Antarabangsa Sepang manakala Khairul Idham (Honda Team Asia) mencatat 2:28.989s, untuk masing-masing meraih petak ke-18 dan 20 bagi perlumbaan Moto3 esok.
Bagi Adam, kesilapan penggunaan tayar menjadi faktor utama beliau gagal memberi saingan sengit pada sesi kelayakan di litar basah hari ini.
"Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada semua kerana gagal menyerlah pada pusingan kelayakan ini. Sebenarnya saya juga mengharapkan keputusan yang lebih baik tetapi sebaliknya yang berlaku.
"Beberapa kesilapan pada awal pusingan iaitu menggunakan tayar untuk litar kering ternyata menjejaskan aksi. Dari situ saya perasan pasukan yang menggunakan tayar untuk litar basah lebih laju dan serasi dengan keadaan litar.
"Sebab kesilapan itu, kami membuang masa kerana perlu menukar pelarasan untuk motosikal," kata Adam kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Khairul Idham turut senada dengan Adam yang mengakui kesilapan penggunaan tayar kering dalam keadaan trek basah menyukarkan beliau melakukan catatan masa yang lebih baik.
"Sesi kelayakan tadi agak sukar kerana saya kurang yakin seperti semalam (sesi latihan bebas). Pagi tadi saya terjatuh dua kali. Itu mungkin sebabnya saya kurang yakin dan hilang tumpuan tadi," jelas pelumba yang diberi jolokan 'Super KIP' itu.
Seorang lagi pelumba negara yang beraksi atas tiket wild card dari pasukan Peugeot MC Saxoprint, Amirul Hafiq Azmi akan bermula di petak ke-22 dengan catatan 2:29.334s.
Pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder dari Rusia meraih petak pertama untuk perlumbaan esok selepas mencatat 2:26.268s.
Pelumba Estrella Galicia 0,0, Jorge Navarro dan Francesco Bagnaia (Pull & Bear Aspar Mahindra Team) masing-masing akan bermula di petak kedua dan ketiga selepas mencatat 2:26.361s dan 2:26.395s. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016

Khairul Idham Pawi (gambar) senada dengan Adam Noroddin yang mengakui kesilapan penggunaan tayar kering dalam keadaan trek basah menyukarkan beliau melakukan catatan masa yang lebih baik. - fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.