Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung

Astro Arena
Julai 7, 2024 12:50 MYT
Pemain berusia 31 tahun itu menemui ajal pada awal pagi semalam berikutan kesihatannya yang merosot. - Stadium Astro
PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
Pemain berusia 31 tahun itu menemui ajal pada awal pagi semalam berikutan kesihatannya yang merosot.
Refaat rebah di atas padang akibat serangan jantung ketika bermain untuk kelab tempatan, Modern Sport, di Kaherah pada 11 Mac lalu.
Kelab kemudian mengesahkannya telah dikejarkan ke hospital.

pic.twitter.com/lkUBwtplcd

— Mohamed Salah (@MoSalah) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah kemudian menyiarkan imej Refaat disertai mesej di saluran media sosialnya, X, dengan berkata: "Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarganya dan semua orang yang dikasihinya."
Selepas itu dia berada dalam keadaan koma selama sembilan hari dan minggu lalu, media dimaklumkan bahawa kesihatannya kembali di tahap yang membimbangkan, sekali gus tidak boleh beraksi lagi.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Mohamed Salah #kehilangan rakan #Mesir #Ahmed Refaat #serangan jantung #Penyerang Liverpool
;