Salah ledak hatrik terpantas dalam sejarah UCL
Astro Arena
Oktober 12, 2022 07:20 MYT
Oktober 12, 2022 07:20 MYT
MOHAMED Salah menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara (UCL) selepas Liverpool menewaskan Rangers 7-1 serta melangkah ke pusingan 16.
Ia merupakan permulaan yang kurang baik buat skuad kendalian Jurgen Klopp di Ibrox apabila Scott Arfield menjaringkan gol UCL pertama dengan sentuhan penyudah bergaya menewaskan Alisson daripada luar kotak penalti.
Liverpool kemudian menyamakan kedudukan menerusi Roberto Firmino sebelum dia menggandakan jaringan dan Darwin Nunez membenarkan The Reds mendahului 3-1.
Salah yang hadir ke dalam perlawanan sebagai pemain gantian melengkapkan htarik dalam tempoh enam minit dan 12 saat, sebelum Harvey Elliott menjaringkan gol ketujuh buat Liverpool, melakar kemenangan sekaligus berjaya melangkah ke pusingan kalah mati dengan berkelebihan dua perlawanan.