Salah berasa terhina imejnya diguna sesuka hati
Astro Arena
April 30, 2018 11:45 MYT
April 30, 2018 11:45 MYT
BINTANG Liverpool, Mohamed Salah, berkata dia berasa terhina berikutan pertikaian berterusan dengan Persatuan Bola Sepak Mesir berhubung penggunaan imejnya.
Gambar pemain sayap Liverpool itu muncul di sebuah pesawat rasmi Mesir yang disediakan oleh penaja rasmi, WE.
Ini kerana Salah - pendahulu senarai penjaring Liga Perdana Inggeris (EPL) - mempunyai perjanjian penajaannya peribadi dengan syarikat telekomunikasi, Vodafone.
Sabtu lalu, ejen Salah, Rammy Abbas, memuat naik entri di Twitter mengulas mengenai situasi itu dengan berkata: "Kami tidak pernah dihubungi untuk mencari jalan penyelesaian! Langsung tiada apa-apa!
"Apakah perancangan mereka? Apa yang kami nampak hanyalah lebih banyak lagi papan iklan dan iklan dinaikkan tanpa memberikan apa-apa pulangan kepada kami. Apakah mereka fikir ini sesuatu yang bagus?"
Semalam, Salah menyentuh isu itu sendiri dalam bahasa arab menerusi laman sosialnya di Twitter dengan memberitahu: "Maaf tetapi ini adalah penghinaan besar... Saya berharap perjanjian itu mempunyai kelas berbanding yang ini."
Menteri Sukan dan Belia Mesir, Khaled Abdel Aziz, merancang untuk campur tangan dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan menjulang Piala Dunia di Russia nanti.
"Kami akan berhubung dengan semua pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini, terutama pasukan kebangsaan Mesir yang dalam persiapan ke Piala Dunia," tulisnya di Twitter.
"Mohamed Salah adalah contoh untuk pemuda Mesir yang suka dan setia kepada tanah air mereka dan dia mewakili negaranya di luar dengan imej terbaik."
Mesir layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990 apabila Salah menjaringkan penalti terakhir dalam kemenangan 2-1 ke atas Republik Congo, Oktober lalu.
#bola sepak
#ejen
#EPL
#hina
#imej
#Khaled Abdel Aziz
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Mesir
#Mohamed Salah
#penaja
#Persatuan Bola Sepak Mesir
#pesawat
#Piala Dunia
#Rammy Abbas
#Vodafone