Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
Astro Arena
Februari 20, 2025 17:07 MYT
Februari 20, 2025 17:07 MYT
Giorgio Pompili Rossi diumumkan bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta. - Gambar/ Stadium Astro
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.
Bekas Delegasi LaLiga Malaysia menjawat posisi tersebut menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang telah tamat kontrak Ogos lalu.
Difahamkan, Ketua Pegawai Operasi (COO), Shazli Shaik Mohd, akan menerajui segala operasi badan induk itu buat masa sekarang.