Safee Sali muncul di laman FIFA sebagai pemain paling prolifik Harimau Malaya

Astro Arena
Ogos 27, 2024 17:16 MYT
Sepanjang 20 tahun terlibat dalam kancah bola sepak secara profesional, Safee telah mengumpul 76 kaps bersama Harimau Malaya. - Stadium Astro
BEKAS pemain kebangsaan, Safee Sali, mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan apabila gambarnya muncul di laman rasmi media sosial Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Dalam posting itu menjelaskan bahawa penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu: "Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada!".
Sepanjang 20 tahun terlibat dalam kancah bola sepak secara profesional, dia telah mengumpul 76 kaps bersama Harimau Malaya dengan 23 gol dari 2006 hingga 2017.
Safee bersara pada usia 39 tahun 23 hari selepas 20 tahun dalam kancah bola sepak. -- Stadium Astro
#safee sali #laman rasmi FIFA #pemain paling prolifik #harimau Malaya