Sadiq Khan kecewa David Moyes benarkan Zouma beraksi

Agensi
Februari 11, 2022 22:08 MYT
Sadiq Khan menyifatkan perkara dilakukan oleh Zouma itu suatu tindakan yang keji. - Gambar/ REUTERS
DATUK Bandar London, Sadiq Khan mengecam tindakan pengurus pasukan West Ham, David Moyes membenarkan Kurt Zouma beraksi menentang Watford pada Selasa selepas dituduh bertindak kejam terhadap haiwan.
Beliau yang ditemu bual Sky News baru-baru ini menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Zouma itu suatu tindakan yang keji.
“Saya kecewa dengan David Moyes dan West Ham. Saya tahu betapa pentingnya tiga mata, saya menyokong kelab juga, mereka sepatutnya menunjukkan kepimpinan dan menggugurkannya dari kesebelasan utama malam tadi.
“Saya bimbang apabila anak-anak muda melihat pemain bola sepak Liga Perdana boleh terlepas dengan tingkah laku keji itu dengan memikirkan ia sesuatu yang boleh diterima,” kata Sadiq.

"I'm disappointed in David Moyes and West Ham" Mayor of London @SadiqKhan says footballer @KurtZouma should have been dropped for "despicable" act of kicking his cat#KayBurley #WHUFC #WestHam UF pic.twitter.com/pz8obF3MW2

— Kay Burley (@KayBurley) February 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Pemain West Ham United, Zouma mohon maaf aniaya kucing peliharaan
Zouma, pemain kelahiran Perancis sebelum ini mengundang kontroversi kerana didakwa memukul kucing peliharaannya.
Ia selepas tular video yang menunjukan Zouma, 27, mendera haiwan terbabit dengan menendang kucing itu yang berada di atas lantai dan menamparnya.
Susulan itu, Zouma telah memohon maaf dan kelab berkenaan berkata mereka akan menangani isu itu secara dalaman.
Rakaman lanjut, yang pertama kali diterbitkan oleh The Sun dan dilaporkan dirakam oleh abang Zouma, Yoan, menunjukkan pemain itu membaling kasut ke arah haiwan peliharaan dan mengejarnya di sekeliling bilik.
Polis mengesahkan tiada kertas siasatan dibuka berkaitan kes berkenaan.
#David Moyes #Kurt Zouma #aniaya haiwan #Sadiq Khan
;