KOTA KINABALU: Sabah FC kecewa dengan laporan yang mengatakan pemain sayapnya Saddil Ramdani mendakwa pihak pengurusan pasukan itu enggan melepaskan beliau untuk pasukan kebangsaan Indonesia dengan alasan yang disifatkan sebagai tidak wajar
Pengurus Sabah FC Ahmad Marzuki Nasir berkata untuk rekod Sabah FC telah bersetuju untuk melepaskan Saddil bagi tugasan pasukan kebangsaan dalam tempoh kalendar perlawanan FIFA dari 30 Mei hingga 14 Jun ini.
"Jadi, apakah sebab pada kekeliruan dan kritikan ini? Perkara ini telah dibincangkan panjang lebar antara kelab dan Saddil memahami sebab mengapa kelab tidak melepaskannya di luar kalendar perlawanan FIFA.
"Seperti yang dinyatakan dalam Peraturan FIFA mengenai Status dan Pemindahan Pemain, di bawah pelepasan pemain kepada pasukan persatuan dan untuk rekod, Saddil ialah pemain utama dan tiada pasukan dalam bola sepak dunia akan melepaskan pemain berkualiti di luar tempoh kalendar FIFA," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Ahmad Marzuki berkata Sabah FC telah dimaklumkan bahawa terdapat laporan mendakwa pasukan The Rhinos tidak memberi kerjasama dengan enggan melepaskan Saddil untuk panggilan pasukan kebangsaan Indonesia bagi menghadapi Sukan SEA Hanoi.
"Temasya sukan itu akan diadakan secara rasmi dari 12-23 Mei, 2022 dan (acara) bola sepak akan dipertandingkan antara 6 dan 22, 2022. Untuk rekod, kalendar FIFA adalah pada 30 Mei hingga 14 Jun, 2022 iaitu bermakna Sukan SEA dianjurkan di luar kalendar FIFA.
"Sabah FC tetap dengan keputusan tersebut memandangkan khidmat Saddil diperlukan untuk Liga Super 2022 dan 16 perlawanan pusingan Piala FA yang diadakan pada masa sama dengan Sukan SEA," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
![Sabah FC kecewa dakwaan enggan lepaskan Saddil Ramdani untuk pasukan Indonesia Sabah FC kecewa dakwaan enggan lepaskan Saddil Ramdani untuk pasukan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649979153_SabahFootballClub.jpg)
Sabah FC telah bersetuju untuk melepaskan Saddil bagi tugasan pasukan kebangsaan dalam tempoh kalendar perlawanan FIFA dari 30 Mei hingga 14 Jun ini.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.