Ryan Reynolds, Rob McElhenney mahu bawa Wrexham ke Liga Perdana Inggeris
Agensi
Oktober 29, 2021 07:12 MYT
Oktober 29, 2021 07:12 MYT
PEMILIK kelab Wrexham, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney mengesahkan bahawa mereka mempunyai cita-cita besar untuk kelab berkenaan, biarpun sedar perjalanannya pasti sukar dan masih jauh.
Kata duo Hollywood itu, idea di sebalik pengambilalihan kelab berkenaan adalah untuk "bermimpi besar", dan mengakui Liga Perdana Inggeris adalah matlamat mereka.
"Kami mahu memenangi kejuaraan dan mahu melakukannya secepat yang boleh," kataMcElhenney dalam sidang media pada Rabu.
"Sama ada itu tahun ini, atau tahun depan atau tahun selepas itu. Anda mahukan tahap keyakinan seperti itu.
"Saya bukan pakar bola sepak, tetapi saya melihat bagaimana ia memberi kesan kepada penyokong.
"Kami mahu ke Liga Perdana dan akan cuba berusaha ke arah itu," kata Reynolds.
Pada Selasa, Reynolds dan McElhenney hadir menyaksikan perlawanan Wrexham untuk kali pertama sejak mengambil alih kelab itu, tahun lalu.
Perlawanan itu menyaksikan Wrexham tewas 3-2 kepada Maidenhead.
Mereka kini menduduki tangga ke-11 dalam liga divisyen kelima bola sepak Inggeris.