RWC 2019: Rusia kecundang sekali lagi, dibelasah Samoa 9-34
Afiq Ariffin
September 24, 2019 20:40 MYT
September 24, 2019 20:40 MYT
Rusia mengalami kekalahan kedua dalam kempen Piala Dunia Ragbi 2019 selepas dibelasah Samoa 9-34 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ragbi Kumagaya, Jepun.
Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan bertemu Jepun pada Jumaat lalu, Rusia yang menduduki ranking ke-20 dunia terpaksa akur dengan permainan bertenaga Samoa.
Separuh masa pertama, Rusia mendahului 6-5 dengan dua penalti oleh Yury Kushnarev pada minit ke 18 dan 25.
Bagaimanapun apabila wisel separuh masa kedua ditiupkan, Samoa mula mendapat 'try' keduanya sebelum minit ke-44 menjadikan kedudukan 10-6.
Berdepan dengan asakan bertali arus, Manu Samoa berjaya mencipta lima try sehingga wisel penamat ditiupkan.
Tusi Pisi menyumbang 4 mata menerusi 'conversion' yang diperolehi pasukan ranking ke-16 dunia itu.
Yury Kushnarev yang menyempurnakan sepakan dua penalti sekali lagi menyumbang tiga mata buat bears menerusi 'drop goal'.
Akhir perlawanan menyaksikan Samoa menang besar setelah membelasah Rusia bertalu-talu dalam perlawanan itu.