RWC 2019: Argentina catat kemenangan pertama tundukkan Tonga 28-12
Fareez Azman
September 28, 2019 19:27 MYT
September 28, 2019 19:27 MYT
Perlawanan kedua pool C menyaksikan pasukan Argentina mencatatkan kemenangan pertama apabila menundukkan Tonga di Stadium Ragbi Hanazono, Osaka pada Sabtu.
Argentina bermula garang apabila berjaya melakukan try pertama pada minit ke-6 menerusi Julian Montoya dengan conversion disempurnakan Benjamin Urdapilleta.
Pasukan ranking ke-10 itu seolah-olah tidak memberi peluang buat Tonga apabila terus mengutip 21 mata menerusi tiga try dan 3 conversion.
Tonga hanya berjaya mengutip tujuh mata menerusi satu try dan conversion masing-masing disempurnakan Telusa Veainu dan Sonatane Takulua.
Cubaan Tonga untuk bangkit pada separuh masa kedua gagal apabila hanya memperolehi lima mata menerusi try Telusa Veainu pada minit ke-65.
Keputusan itu menyaksikan Argentina di tangga kedua pool C selepas mengumpul enam mata berbanding England dengan 10 mata.
Tonga masih di kedudukan terakhir pool tanpa mengumpul sebarang mata.