Atlet muda negara, Russel Alexander Nasir Taib mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200m pada Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia, pada Sabtu.
Penuntut University of the Sunshine Coast berusia 21 tahun itu menduduki tangga kedua dengan catatan 20.77 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu iaitu 20.90 saat yang dicipta raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.
Pingat emas dan gangsa, masing-masing dimenangi dua atlet Jepun, Kei Takase dan Daisuke Miyamoto dengan catatan 20.75 saat dan 20.87 saat.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata, beliau agak terkejut dengan persembahan cemerlang yang ditampilkan anak jati Perak itu.
Beliau memaklumkan KOM akan memberikan wang tunai berjumlah RM21,000 iaitu RM20,000 untuk elaun latihan selama dua tahun selain RM1,000 kerana memecahkan rekod kebangsaan.
"Kita akan berusaha mendapatkan penajaan untuk membantu beliau memandangkan beliau tidak mendapat sebarang bantuan kecuali sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri Perak pada Sukma (Sukan Malaysia) 2018.
Kita akan cuba masukkan nama beliau dalam program persediaan ke Sukan SEA 2019 di Filipina kerana beliau berpotensi menyumbang pingat untuk kontinjen negara," kata Karim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019
![Russel cipta rekod baharu kebangsaan 200m Russel cipta rekod baharu kebangsaan 200m](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553360361_TBRusselAlexanderNa.jpg)
Russel Alexander Nasir Taib mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200m pada Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Tidak boleh guna gelaran selagi tiada istiadat - SUK Pahang Tidak boleh guna gelaran selagi tiada istiadat - SUK Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51565344774_TBKARIMIBRAHIMjpg.jpg)
Tidak boleh guna gelaran selagi tiada istiadat - SUK Pahang
Perkara berkenaan dijelaskan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang mengesahkan Karim pernah ditawarkan DIMP.