Ruben Amorim ganti Ten Hag di Manchester United
Astro Arena
Oktober 29, 2024 07:15 MYT
Oktober 29, 2024 07:15 MYT
KETUA jurulatih Sporting CP, Ruben Amorim, kian hampir menggantikan Erik Ten Hag selaku pengurus Manchester United.
Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, melaporkan The Red Devils dijangka membayar klausa pelepasan bernilai 10 juta pound (RM47.32 juta) untuk mendatangkan pengendali berbangsa Portugis itu.
Sporting juga mengesahkan sudah berbincang dengan United mengenai pelantikan Amorim sebagai pengurus baru pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Amorim dilaporkan sudah bersetuju untuk menduduki kerusi panas itu di Old Trafford.
Untuk rekod, Amorim ketika ini sedang memacu Sporting menduduki tangga teratas Primeira Liga dengan rekod bersih sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan. - Stadium Astro